dikendalikan oleh TM
MCMC
PI1M
Meradong, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai Pi1M
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim Pi1M
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan Asas eRezeki (Siri 1)

26 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos yang lalu, PI1M Meradong buat pertama kalinya mengadakan Latihan Asas eRezeki di Bilik Latihan PI1M Meradong. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

Para peserta turut berdaftar di laman sesawang rasmi eRezeki untuk menjadi ahli. Setelah menjadi ahli eRezeki, peserta boleh melihat sendiri jenis pekerjaan yang didapati melalui program eRezeki. Terdapat 3 kategori : Tugasan Digital Mikro, Kerja Digital dan Kerja Bukan Digital.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai eRezeki, boleh layari https://erezeki.my/ms/home-my/

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.