dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Meradong, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Asas Latihan ICT

03 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 November yang lepas, PI Meradong telah mengadakan satu kelas asas latihan ICT yang memberi fokus kepada golongan dewasa diantara julat umur 25 tahun sehingga 47 tahun. Kelas ini dihadiri oleh 10 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Sepanjang kelas ini diadakan, peserta didedahkan kepada cara penggunaan internet yang mudah dan cepat bagi membolehkan mereka mencari maklumat-maklumat yang ingin diketahui.

Pada hari tersebut juga, peserta telah diberikan taklimat mengenai topik Program Klik Dengan Bijak seperti buli siber, penyebaran maklumat palsu, berkongsi secara berlebihan, dan Online Grooming. Selain daripada taklimat KDB, sesi taklimat juga turut diselitkan tayangan video KDB dan diakhiri dengan sesi kuiz online menggunakan aplikasi quizizz.com untuk setiap topik yang telah dibincangkan bagi menguji pemahaman peserta tentang program ini. Diharap semua pihak mendapat manfaat daripada program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.